bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah.... Maha Suci Engkau....
Engkau telah menciptakan aku, 
sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yg dapat disebut....
Engkaulah yang memberi kepadaku 
akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah
Berupa pendengaran, penglihatan, hati
 dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.
Engkaulah memberi petunjuk kepadaku
 kejalan-Mu dengan perantaraan seorang hamba yang
Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia
 sebagai lampu yang menerangi.
Iaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.
 Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa....
Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepada-Mu dengan kehendak-Mu
dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Di sinilah aku berdiri di pintu-Mu Ya Allah, dengan menangis, menyesal,
dan mohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon keutamaan-Mu adalah Agung.
Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku dipintu-Mu
dengan kekecewaan dan kesedihan.
 Masukkanlah kami ke dalam golongan orang orang yang soleh yang sama mensucikan 
Engkau seraya memuji kepada-Mu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah pada kami kasih sayang dari sisi-Mu , maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah....Maha Suci Engkau.....
"Ya Allah, Limpahkanlah rahmatMu dan sejahterakan olehMu dan berkatilah olehMu, keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat sifat,,"
*********************************************************
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.

.............................................................................................................................
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Ya ALLAh terimalah Taubatku


Aku membuka mataku perlahan-lahan,,
terdetik di hatiku,, di manakah aku??
aku melihat sekeliling,,
semuanya putih,, ya ALLAH di manakah aku??
adakah aku di alam lain? mahsyar? barzakh?
aku dah tiada nyawa di bumi kah?
astaghfirullah,,
Tiba-tiba ada yang menepuk bahu kiri ku,,
aku melihat,, seorang wanita bersih mukanya,
mashaALLAH,, persis bidadari,, 
lihat wajahnya membuatkan aku insaf,
aku lihat dia,, dia hanya tersenyum memandangku,
"Adik,, Hidup di Dunia hanya sekali,, baik awak bertaubat sebelum terlambat"

Astaghfirullah,, aku meraup mukaku ,, 
resah hatiku berdenyut laju,, 
bila aku mahu bertanya nama wanita itu aku lihat dia sudah tiada.
mana dia? aku berada kat mana??
 tiba tiba, ada lelaki datang ke arah ku,,
muka dia hodoh tak dapat aku ceritakan,,
dia memandangku sinis dan mengilai,,
ya ALLAH bantulah hambaMu ini,,
"kau SIAPA?!!!" jeritku,,
"Aku lah pendampingmu"
"ape kau merepek???!"
"AKulah...."
Tiba-tiba,, aku terbangun,,

astaghfirullah,, astaghfirullah, mimpi itu sangat buruk,,
esoknya aku bertanya kepada ustzh ku,
aku ceritakan kesemuanya kpd ustzh ku,,
ustzh ku menggeleng sambil tersenyum kepadaku,,
wanita di hadapanku ini adalah ustazah kesygn merangkap umi angkat aku,
dia baik tau ,, 
"Ryha,, maksud mimpi tu,, ALLAH dah bagi ryha petunjuk hidayah,
"Umi,, ape maksud mimpi ryha citer td?"
"RYha,, sbnrnya ALLAH nak bgtau ryha,, suh cepat taubat sebelum terlmbat"
"Dan.. lelaki hodoh itu syaitan yg cuba untuk goyahkan iman ryha lagi,,
ryha be strong ok? umi sentiasa sokong ryha dari belakang"

aku menundukkan kepala mendengarkan kata umi,,
ya ALLAH berdosanye aku,,
 ryha,, stiap manusia ade kesilapan dosa masing2,, 
yg hnya dipertikaikan ,, ia sempat bertaubat atau tak tu je,, 
so ryha cepat cepat bertaubat ok?!!

"Umi tolong ryha ok?"
Umi hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum,

*************************************************

selepas mimpi tu,, aku cuba untuk berubah,, 

ye pengajaran kat sini,, setiap manusia memang ade kesilapannye,,
tapi cepatlah perbetulkan ia dgn bertaubat segera,,
ingat wahai umat islam,, hidup di dunia hanya sekali,,
hidup di akhirat selamanye kekal abadi,,
jd,, kita penentu segalanya,, syurga atau neraka,
memandangkan tgh bulan puasa ni,,
cepat cepat berebut malam 10 terakhir,, 
lailatul qadar,, qiamulail ok?
ryha pon nak qiam nnty,, hehe
jgn lupakan doa kan umat islam yg tgh kesushn kat palestin,,
syria,, dan negara lain,, kesian mereka,
kita seronok raya kat sni dgn mercun,
mereka sedih raya di sana dengan bom,
kasihanilah mereka,,
mereka saudara kita,,


Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..

(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

so , kepada awak awak dan awak,, jika awak beragama islam,,
sayangilah saudara kita,, sumbangkan lah mereka sedkit harta korang,
walaupun sekecil zahrah,, ia tetap dihitung di akhirat,,
ingat saham akhirat,,
jgn fikir korang baek sngt dah bnyk pahala sampai x nak buat ibadah tu,,
jgn yakin sgt masuk syurga,, belum tentu lagi ok??,,
so sayangilah mereka ok??
ok,, nk tydo ,, assalamualaikum,,

**********************************************

Sinar pagi,, tidak beerti,,
andainya ku tak menghadapMu ya ALLAH,
ku seringkali menitis air mata,,
pabila mengenangkan dosa dosa,,
ya ALLAH terimalah taubat hambaMu ini,
yg sering kali alpa kepada Mm,
Ampunkan aku,,
ya ALLAH terimalah taubat hambaMu ini,,
yg sering kali alpa kepada Mu
Ampunkan aku,,

Dulu aku alpa dengan Agama (islam)
langsung tidak mengenal erti dosa,,
aku terus terjerumus di lembah hina,
karna aku terlambat untuk bertaubat,,
bertapa,, ramainya yg menjadi mangsa,,
akibat nafsu syaitan,, yg durjana,,
telah ramai yg aku menyakitinya,,
ya ALLAH,,,,
 terimalah taubatku ameen,

******************************************

so di hari mulia ini,, ryha nak minx maaf kat smua org,,
ok,, kalo best entry ni,, komen lah, kalo x best,, sory ok?,,
papepon jgn lupe follow, i will follow u back ^_^,,
bye assalamualaikum,


what ?! jatuh hati?

Assalamualaikum blog readersssss,,
berapa banyak ss dar,  =='',
hai u all,, hehehhee so,, ini adalah post kedua saya pada hari ini
hhahahaha,, morning,, mantong mantong ! mamai sgt ! haa
hari ni ryha nak citer mimpy ryha malam td,, 
ceht,, padahal tidur 2 jam je,, mimpi mcm 1 kamus tebal,,
ok,, hari ni ryha nak citerkan ttg mimpi ryha,,
ryha rasa,, ryha jatuh hati kat seseorang,, 
pandangan korang,,
"Oh yeke?,, ade aku tanya kau jatuh hati kat sesape k?"

HUwa !!! jangan lah bg respon macam tu,, 
tak sayang i  ke? ,, hikhik,, 
ok dear u all,
malam td ryha mimpi dgn seseorang kat taman,
tp x jelas sesapa,
hahaha mimpi kan mainan kan?,, 
sbnrnye ryha jatuh hati kat seseorang,, 
ryha anggar umur dye 19 tahun,, sbb muke dye yg 
'agak' Babyface tu,, so cute woah!
tp di mata aku dye sgt hensem mcm ni !!,,

woah !    sgt comel !! aku nak jerit mcm org gile,,
ok back to the topic,,ok,
 Tersebut lah alkisah ryha,,
*********************************************
 Masa tu ryha main bowling dgn kuarga ryha 
yg Ter'chenta' sgt ,, pastu,, tetiba,,
Gedebuk !! 
'Mak aih sape yg langgar aku ni?!!! aku cepuk dia satgi berterabur gigi kuning dye tu !
tak leh nak buat iklan colgate tgh alam ni ' bebelku sorang diri,
(Ceht macam cerpen kan? huahua,, bacajelah ! taknak tutup entry ni !)
Aku pandang depan,, eh, mamat tu dh bla ! macam lelaki !
Eh dia memey jantan pon,, tergantung plak ayat,, dasar laki tak de kesedaran sivik btol! 
woi ! pergi jadi form 2 blek lah ! 
aku jd form 2 lah byk 'berubah' kearah kebaikan ni,,
sbb cikgu sivik dia mmg 'Best' tahap Over,, 
kalau sesapa diajar oleh'nya' ,, confirm dia sedar kekurang keperihatinannye akan kesedaran sivik
Ayat BM, power argh ! kalo ustzh aishah ibrahim ade ni,,
confirm dpt 79.98% hahahahha !! sikit agy A,, 
eh back to the topic,,
 
Aku menarik baju ku yg kian singkat akibat jatuh 'gedebuk' tadi,
aku nampak jantan tu dtg kat aku,, 
permintaan korang 
"Ryha,, jaga percakapan tu,, tak elok, x nampak manisnya,,"
ok ok,, korang nak tgk aku manis kn? ok,, lembut ryha still lembut,
ryha nampak lelaki tu dtg kat ryha,,
ape lagi terkejut beruk ryha kat ctu ! 
muka ryha pon seteruk beruk ! beruk pon x terkejut gitu !
ryha yg over,, bukan terkejut sbb ape,,
dye comel sgt !! waah !! muke dye,, muke dye 
hensem gilak !!
oh ryha jgn kau bilang kau jatuh hati dgn mamat ni ?!!
NO WAY !!!
 tapi pandangan dia ! wadduh,, tergugat iman aku wo !

Hensem dye mcm ni lah !! serius hensem sgt,
aku pndg tempat laen,
elleh kerja part time setakat catering,,
bajet aku minat lah !! huhu,, kerja KFC lagi bagus ! huh,,
tiba-tibe,,
"Erm Awak ok x ni? sory langgar awak tadi dan x sempat minx maaf,
saya td ade hal emergency,, maafkan saya?,, ini gantinya," kata lelaki itu ,,
sambil menghulurkan gula2 kapas, mak aih ! bentuk hati !,,
 tiittt,, tiiitt,t,tiiiit,tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttt,,
mak aihh! jantung aku ni dupdap sbb teruja ke,,
tit,tit, sbb nak 'Bina rumah bawah tanah bertiang dua' ?
astaghfirullah !! ryha ryha !! bgn bgn !! 
*keluar dr lamunan,,
lelaki itu pandang berkelip kelip,, pahal mamat ni?
"Awak ok?"
"Hmm aku ok,, sory Ter'Blues' tgh alam" Kataku malu. 
"Blues?" soalnya,
"Owh mengelamun sebentar." kataku sambil memandang pemberiannya di genggamanku ini.
"ouh tak pe,, ok saya pergi dulu," katanya seraya pergi,
aku pandang dye,, macam x percaya ! wargh!!
prince charming ku jgn pergi tinggalkan aku !! 
 

~prince charming~
oh prince charmingku, byebye,,
aku pegang gula2 kapas tu smbile pergi ke arah kuarga ku,
dia ingat aku budak kecik ke bg gula2 kapas bagai? 
 
erk,, pahal keluarga aku pndg aku laen mcm ni?
aku wat salah ape? ade comot ke kat muke aku ?
*Usap muka bersihkan muka,
tak de pape,, hmm mata aku sembab ke? 
*Keluarkan cermin tgk mata, ok je,
mulut aku senget ke? raba2 mulut, ok je,
hidung aku terbalek? uish simpang malaikat 44! 
pegang hidung,, ok je,,

"Kenapa usha ryha camtu?"
"kau beli gula2 kapas tu guna duit sape? ke...." lorh wat ayat tergantung plak,
sepak satgi kang abg aku ni,, abg aku pndg akak aku,, akak aku jongket kening,,
heish guna bahasa isyarat, cepuk dua2 sekali kang ! 
"kau curi erk? " sambung akak aku,, Terbutang  mata aku,,
"Muka aku mcm pencuri ke kau ckp mcm tu?"
"eh xdelah,, hehe"
"ade org bgi aku td,, sbb nak tebus kesalahan tu je"
"ouhhhhhh......................................."
bape pnjg dh ouh korang tu ,, wadduh,,
"Eh adik,, sekarang giliran kau maen bowling,, lambat ar kau,"
"hmm yelah,, " sambil pndang ke bola bowling berwarna purple yg berada di tgn ku ini.
 "Gadis Iman Fighting !!" jeritku tiba2,,
krik-krik......
habis senyap tempat bowling tu 1 minit, dan menjadi seperti sediakala balik,
hahahahhaa,, gelak aku !, sambil tersenyum memandang bola pin di depan ku,
Target aku di capai ! 
yeah !!!!!! Straighttttttttt!!!!!!!!
 
**********************************************
 
Ha !  itulah alkisah yg x berapa best tu,, hehehe hensem kan?
sejak dari tu,, aku asyik2 teringat dia,, cara dia senyum,,
wargh,, best !! teringin nak bergambar dgn si dia,,
awak,, hensem hahahaha,,
ok got to go,, nak mandi,, -kantoi x mandi hehe-
ha ! sengih la kau sampai esok pagi !
dah ! gi mandi,, nak ikut? haha x malu,, ok got to go,, !
bye assalam

sorry ,, hari ni entry x bape best,, xdak idea ma~
enjoy the meal ok? huahuahua,,

 

Pagi Yang Indah

Yo Assalamualaikum budak budak, !
ye,, ketua kanak2 Ribena sudah mari !! 
huhu (tepuk tgn gemuruh) ==' krik2,,
sakai je ryha ni kan?? huahuahua,,
ok ryha dh lama x post pape kat blog kan? 
blog ryha dh berhabuk dah,, tp alhamdulillah,, 
semalam dh  bersihkan smua dan update ape yg perlu,,
kan??
hehe,, hmm esok masuk asrama,, 
hah? mesty korang nak ckp,, 
"entry masuk asrama again? Dah thu dh,, mesty ckp x nak balek"
hehe,, mana ade,, kali ni x cakap,,
just saje nk gtau esok ryha masuk asrama,,
manalah thu ade yg rindu kan kan??
hmm ,, tp,, 
ryha mmg ,, TAK NAK masuk asrama !!
Wargh !!!!!!!!

Tak nak ! tak Nak ! tak Nak !
Saksikan Esok Cerita Terbaru yg dipengarah oleh 
GadisIman -diri saya sendiri-
siaran langsung , 
pada pukul 4 ptg, 
9 Jun 2013, di tempat SAMER,
cerita ini sungguh menyayatkan hati semua org,
yang bertajuk,, tak nak duduk asrama,,
jalan cerita ini menunjukkan kanak2 perempuan yg 'agak'
cun ,, tak nak lepaskan tiang di garaj kereta di kantin SAMER 
yg bersebelahan dgn asrama Puteri,, 
Dia disahkan penyakit Meroyan dan sawan,,
kerana tak nak duduk asrama,,
ish ish ish,, itulah cerita nya,,
sedih kan?? aku dgr pon sedih ja,,
kalau jual ni mesty lariskan??

hahahhahaha nmpak x sifat ketidak warasan ryha di situ?
ya tahu,, aku pon nampak, *angguk2,
ok back to the topic,, lupekan asrama,,
sekarang ni fikir pasal kerja sekolah,,
OMK !!!
Kerja sekolah aku x pegang langsung! 
hehe peace no war bro,,

elleh ,, kalau cikgu tu marah,, wat ar muka toya an an an??
 "WHat the heck kamu x siapkan kerja sekolah ha?
dua minggu saya bg takkan x siap lagi kooottt" dengan gaya gedik,,
'eh eh minah ni,, sotong,, gedik,, aku sepak satgi ,, berterabur gigi jongang dia tu !
huhehe, wat muke toya,, 
" alah cikgu ! bukan x nak buat,, kerja sekolah tu yg x suh saya buat,,
saya pon x buat lah,, " ngee
hah kau ! sekali kena tempeleng padan muka kau hehe
biarlah,,
aku x kesah,, aku malas nak buat kerja sekolah,,
ya,, kalo aku cuti sekolah,, kerja sekolah aku pun cuti huahuahua,,
 ok,,, ryha sbnrnye nk cerita pasal Ex ryha,,
ryha syg dye smpai hari ni,,
ye, mmg ryha mnyesal minx putus dgn dye dulu,
tp sesalan itu ade kebaikan nya bukan?
couple tukan haram,,
haish,, aku x pam org zaman skang,,
slalu salah paham dgn ayat2 alquran kan,,
kan dalam alquran dah termaktub,,
Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.
Itulah perbuatan yang keji.
Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.
Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.
Namun pintu zina kembali terbuka.
Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.
Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.
ZINA bukan kesudahannya.
ZINA adalah permulaannya.
Kini,, Berlakulah pembuangan anak ,, di merata2 tempat mashaALLAH,,
kasihannya melihat anak kecil yang tak berdosa itu bukan?? 
Tak sempat buka mata tuk melihat dunia yg penuh dgn Syaitonirrajim ni,,
tp xpe,, bayi itu sudah mmg ALLAH letak dlm syurga yg kekal abadi,
MashaALLAH,, besar sungguh kekuasaan ALLAH,,

"Jangan menghampiri zina" ya itu Firman ALLAH pada khalifahNya,,
Couple tu pon kira "menghampiri ZIna"
wadduh,, tapi kebanyakannya,, ramai yg x amek berat 
hal ni kan?
Biarlah,, tu urusan dia dgn ALLAH,, moga diorang dapat Hidayah ALLAH,
EH dh salah masuk topik,,
haha sbnrnya xde topik pon, tajuk hari ni pon pagi yg indah,,
sekarang pukul 6 pg,, rajin x ryha? hahaha
sbnrnye malas,, tp digagahkan juga huahuahua,,
ok lah sambung nnty,, nak siap2 tuk brg2 pergi ke asrama,, 

got to go,, btw for my pembaca setia ,, A.I,, tunggu next post ok?
aku nk siapkan brg2 dulu,, hehe, mak aku dh start tukar jd 'Raksaksa' 
bye !
assalamualaikum~